
MyVaksinBaby Aplikasi Khas Untuk Vaksin Anak Mengikut Jadual
Suntikan vaksin telah menjadi viral sejak sebulan yang lepas. Sehingga ke hari ini, lima kematian telah dilaporkan akibat jangkitan difteria dan kesemuanya didapati tidak pernah mendapatkan suntikan vaksin difteria. Kepada para ibu mahupun bapa, aplikasi MyVaksinBaby patut anda muat turun. Ia akan mengingatkan ibu bapa supaya memvaksinkan anak mengikut jadual yang telah diberikan.
Dalam kesibukan bekerja, anda mungkin terlupa tarikh serta vaksin apakah yang perlu diambil. Dengan memasukkan maklumat peribadi anak-anak di dalam aplikasi ini, peringatan akan diberikan dengan mudah. Selain peringatan jadual vaksin, terdapat beberapa maklumat mengenai kesan sampingan yang mungkin dilihat akibat suntikan, video mengenai vaksin serta maklumat penyakit yang boleh dihindarkan menerusi vaksinasi.
MyVaksinBaby telah dihasilkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pediatrik Malaysia dan juga Persatuan Penyakit Berjangkit & Kemoterapi. Ia boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS secara percuma.
Fungsi penting :
- Peringatan Automatik – Daftar anak-anak anda bagi mendapatkan peringatan automatik imunisasi.
![edit 1]()
- Rekod Imunisasi – Klik untuk melihat dan mengemaskini rekod imunisasi anak-anak anda.
![edit 1]()
- Video – Bagi yang tidak tahu mengenai vaksin, anda boleh melihat pelbagai video yang berguna mengenainya.
![edit 1]()
- Penyakit Cegahan Vaksin – Melalui aplikasi ini juga ibu bapa boleh mengambil langkah-langkah awal bagi mencegah penyakit apabila anak anda dicucuk vaksin.
![edit 1]()
- Sumber Lain – Untuk maklumat lain mengenai Vaksin, anda boleh melayari laman web IFL ataupun Facebook.
![edit 1]()
- Kesan Sampingan – Terdapat juga info mengenai kesan sampingan apabila anak-anak dicucuk vaksin. Tetapi jangan risau, kerana ianya tidak merbahaya dan akan pulih dalam masa beberapa hari sahaja.
![edit 1]()
Muat Turun:







