Post Facebook Anda Mungkin Akan Dibaca Dalam Bahasa Asing

Baru-baru ini Facebook telah menjalankan ujian terhadap fungsi terbaru yang akan diperkenalkan kepada pengguna umum tidak lama lagi. Fungsi terbaru itu membolehkan post yang anda lakukan melalui profil Facebook anda dialih bahasa secara automatik mengikut kemahuan pengguna lain yang membaca post tersebut.

3.1Sebenarnya fungsi ini telah pun diperkenalkan kepada profil Facebook yang mewakili syarikat, kumpulan dan juga artis. Fungsi yang dikenali sebagai multilingual composer ini membolehkan post yang dilakukan akaun-akaun tersebut dibaca di dalam bahasa ibunda pengguna, lantas memudahkan pengguna memahami maksud dan mesej yang ingin disampaikan. Kini fungsi tersebut boleh dinikmati pengguna umum.

You might also like