
Backdrops – Wallpaper
Sudah tiba masanya anda mendapatkan Backdrops, aplikasi yang menawarkan ratusan wallpaper asli hasil rekaan para minda kreatif di Backdrops. Terdapat pelbagai pilihan wallpaper eksklusif khas untuk peranti Android anda. Selain itu anda juga boleh menyumbang karya asli, tidak kira ianya foto yang anda ambil mahupun karya digital yang anda hasilkan.
Karya yang dihantar ke Backdrop akan dianalisa dan diadili dahulu bagi memastikan ianya benar-benar berkualiti sebelum dikongsi bersama ahli komuniti. Bagi mereka yang mahukan wallpaper unik setiap hari, terdapat fungsi wall of the day yang menawarkan karya unik untuk dijadikan wallpaper, jadi smartphone anda akan sentiasa kelihatan berlainan setiap hari.
Muat Turun
- RM 0
- 4.5MB
- Android 4.1 dan ke atas