
Fungsi Cast Terus Di Dalam Pelayar Internet Anda
Google sudah mula melancarkan secara berfasa kemas kini terbaru kepada pelayar Internet komputer yang akan membawakan satu fungsi yang menarik. Google Chrome 51 akan hadir dengan fungsi Cast yang membolehkan anda berkongsi dail dan media dengan lebih mudah pada ekosistem peranti yang anda miliki.
Untuk menggunakan fungsi ini pastikan anda telah mengemas kini pelayar Internet Chrome ke versi terbaru, kemudian klik butang menu dan cari fungsi Cast. Sekiranya pelayar anda masih belum menunjukkan fungsi Cast, mungkin anda perlu menunggu sedikit masa lagi untuk mendapatkan fungsi tersebut di dalam pelayar Internet anda.
Baca juga: