
Samsung telah bekerjasama dengan Lazada untuk melancarkan promosi Super Brand Day buat kali ketiga yang akan berlangsung pada 24 September 2020.

Bertemakan “Meant to be Yours”, Samsung Flagship store dalam pasaran digital Lazmall Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Vietnam dan Filipina akan menawarkan diskaun dan promosi yang menarik selamat 24 jam melibatkan produk seperti telefon pintar, aksesori barang pakai, TVs dan pelbagai pekakas digital.
Semakin banyak pengguna mencari nilai pembelian dalam “norma baharu”, tema “Meant to be Yours” diwujudkan untuk memberi ganjaran kepada pengguna untuk menjadikan produk Samsung yang mereka ingini dengan tawaran yang menarik merangkumi pelbagai rangkaian produk. Melalui pendekatan omni-channel seperti aktiviti menarik di media sosial, pengguna dapat melihat produk dengan selamat dan membeli telefon pintar Samsung, aksesori dan barangan elektronik yang sesuai dengan cita-rasa dan minat mereka.
Istimewa dalam Super Brand Day
Pengguna boleh menantikan beberapa pembelian terbaik pada tahun ini serta pengguna juga dapat menikmati penjimatan tambahan sehingga 50% di semua kedai , baucar harian yang berjumlah RM100 000, hadiah ekslusif dari samsung, penghantaran percuma dan juga 0% pelan ansuran faedah semasa mendaftar.
Antara promosi lain juga adalah:
M Series Mega Promotion
Product | RRP | Promotion |
Galaxy M51 | RM1,599 | Rebate of RM200 off RRP |
Galaxy M31 | RM1,099 | Rebate of RM211 off RRP |
Galaxy M21 | RM899 | Rebate of RM300 off RRP |
Galaxy M11 | RM609 | Rebate of RM210 off RRP |
Promosi menarik yang lain :
Product | RRP | Promotion |
Galaxy A71 | RM1,699 | Enjoy 20% off RRP |
Galaxy Watch Active2 (40mm) | RM999 | Enjoy up to 30% off RRP |
Galaxy Watch Active2 (44mm) | RM1,099 | Enjoy up to 30% off RRP |
UHD Smart TV 50″ TU7000 | RM2,189 | Rebate of RM240 off RRP |
Selain itu juga, telefon pintar Samsung Galaxy M51 akan tersedia secara esklusif di Lazada pada 24 Septmeber ini. Semasa promosi ini berlangsung selama satu hari, pengguna boleh mendapatkan Galaxy M51 dengan harga RM 1,399 (RRP: RM1,599), penjimatan sehingga RM 200! Apa yang membuatkan Galaxy M51 menarik adalah bateri 7000mAh yang kuat dengan ciri Wired PowerShare yang menjadikan model pertama jenama dengan kapasiti bateri yang besar.Galaxy M51 juga dilengkapi dengan pengecas pantas Type C 25W yang mampu mengecas Galaxy M51 dalam masa kurang dari 2 jam. Selain itu, Galaxy M51 menampilkan paparan 6.7″ Super AMOLED Plus Infinity-O untuk paparan mengasyikkan. Tidak lupa juga, Galaxy M51 mempunya Kamera Quad untuk menangkap gambar yang menakjubkan tidak kira siang atau malam.

Berikut merupakan spesifikasi Galaxy M51

Sepanjang menunggu penantian acara Samsung Super Brand Day pada tahun ini, pengguna Malaysia digalakkan untuk memuat turun aplikasi Lazada secara percuma di Goole Play atau Apple App Store dan nantikan 24 September untuk mengunjungi Kedai Rasmi Samsung di LazMall