OPPO Memperlihatkan OPPO Find X2 Neo – Tampil Dengan Kamera Hadapan 44MP?

Belum lagi penangan OPPO Find X2 Lite reda, kini OPPO memperlihatkan peranti terbaharunya yang dikenali sebagai OPPO Find X2 Neo.

Dikhabarkan peranti ini tampil dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.5″ OLED FHD+ dan tampil dengan kadar segar semula 90Hz.

Dari aspek kuasa dalaman pula, ia dihadirkan dengan cip pemproses 765G dan dipadankan dengan 12GB RAM dan storan sebesar 256GB.

Kamera juga baik apabila dikatakan ia bakal disertakan dengan 48MP + 8MP + 13MP + 2MP bagi kamera belakang. Manakala bagi kamera hadapan pula, ia hadir dengan 44MP.

Kapasiti bateri juga besar apabila ia tampil dengan 4025mAh dan hadir dengan sokongan pengecasan pantas VOOC 4.0 30W.

Peranti ini sebenarnya dikenal sebagai OPPOe Reno3 bagi versi di China. Jadi sama-sama kita nantikan sama ada ia akan hadir di Malaysia atau tidak!

 

 

You might also like