
Sebanyak 900 Juta Peranti Guna Windows 10 Di Seluruh Dunia!!!
Sistem operasi baharu daripada Mincrosoft iaitu Windows 10 ini pastinya menarik perhatian ramai orang. Baru-baru ini Microsoft telah menyatakan bawah Windows 10 ini telah di guna pakai pada 900 juta peranti di seluruh dunia.

Windows 10 ini dilihat sebuah sistem operasi yangtelah ditambah baik dengan peningkatan yang drastik. Ia juga tampil dengan antaramuka baharu.
Pada Mac lalu, Microsoft turut mengumumkan bahawa 800 juta peranti telah menggunakan Windows 10. Dalam masa 7 bulan, mereka telah menambah 100 juta peranti lagi.
Sekiranya konsistensi ini diteruskan, tidak mustahil ia mampu mencapai 1bilion menjelang tahun hadapan.

