Maxis Lancar NeXT X1 Dan Scha Alyahya Dilantik Sebagai Duta Jenama

 

Scha Alyahya – Duta Jenama NeXT

Selepas model NeXT M1 diperkenalkan pada awal tahun yang lalu, Maxis kini telah memperkenalkan pula model terbaru dari siri NeXT dengan kemunculan NeXT X1 untuk pelanggan Maxis di negara ini. Berbeza dengan peranti Android 4G yang lain di pasaran, NeXT X1 menawarkan pengalaman pemilikan yang terbaik dengan jaminan waranti selama 24 bulan, program penggantian peranti satu-ke-satu, dan juga perlindungan skrin bagi tempoh 12 bulan pertama. Malah NeXT X1 juga turut didatangkan dengan pelan mudah alih pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM98 sebulan.

Sehubungan dengan pelancaran NeXT X1, Maxis turut melantik personaliti popular iaitu Scha Alyahya sebagai duta jenama NeXT. Scha juga bakal membintangi kesemua pengiklanan TV dan percetakan, yang mana turut ditampilkan dalam ‘movie trailer’ untuk peranti Android tersebut.

NeXT X1 yang dilancarkan secara rasmi bermula hari ini sudah boleh dimiliki tanpa sebarang pembayaran pendahuluan dan tersedia dengan pelan yang merangkumi panggilan percuma ke semua talian selama 50 minit dan juga kuota data Internet 3GB +3GB (4G Mingguan) dengan tambahan kuota Internet pada hanya RM4/GB. NeXT X1 kini boleh didapati melalui Maxis Online Store, Maxis Centres dan juga Maxis Exclusive Partners (MEP) di seluruh Malaysia.

Spesifikasi NeXT X1:

  • 4G LTE
  • Dual SIM (Slot Hibrid)
  • Android 7.1.1 Nougat
  • Qualcomm Snapdragon 435
  • Octa Core, 4x 1.4 GHz Cortex-A53 + 4x 1.1 GHz Cortex-A53
  • Adreno 505
  • 32GB, RAM 3GB, microSD (128GB)
  • 5.5 inci LTPS LCD, 1080 x 1920 piksel
  • Asahi Dragontrail Glass
  • 16 Megapiksel / 8 Megapiksel
  • 3000 mAh
  • Pengimbas cap jari
You might also like