EOS System Dilantik sebagai WeChat Pay (RM) Merchant Yang Rasmi Oleh Hong Leong bank

EOS System Sdn Bhd (EOS Systems) dilantik oleh Hong Leong bank Berhad(HLB) bagi WeChat Pay iaitu sistem bayaran tanpa tunai dan urus niaga dalam kedai menerusi aplikasi Wechat.

EOS Systems menyediakan Perkhidmatan pemasaran WeChat yang merupakan solusi sama ada online atau offline yang membantu mengubah pasaran syarikat di Malaysia melalui WeChat Official Accounts (OA) bagi pelanggan tempatan dan luar negara.

Penggunaan kedua-dua pembayaran RMB Cross-Border merupakan keperluan utama kepada pelancong dari China serta transaksi WeChat Pay (RM) tempatan adalah trend yang semakin meningkat, didorong oleh kemudahan penggunaan, ketersediaan RM Wechat Wallet dan populariti WeChat dalam kalangan pengguna muda. Di Malaysia sahaja, terdapat lebih dari 20 juta pengguna aktif yang mana 85% dari jumlah tersebut adalah berumur 18 hingga 25 tahun.

Malaysia merupakan negara pertama selain dari China dan hong kong yang mana pengguna WeChat Pay boleh menggunakan mata wang tempatan untuk pembayaran dan pelanggan Hong Leong Bank merupakan pengguna pertama di luar bidang kuasa tersebut yang menghubungkan kad debit mereka ke e-wallet untuk urus niaga tempatan.

EOS Systems menyediakan terminal pembayaran dalam 1 terminal dan sistem untuk pedagang secara atas talian dan transaksi kedai runcit. Ia juga menyediakan perkhidmatan pemasaran untuk membantu pedagang mendekatkan diri dengan pengguna WeChat yang ramai di Malaysia melalui 1 platform untuk pemasaran, promosi dan program kesetiaan.

Dengan kerjasama bersama Hong Leong Bank, EOS System berada di posisi yang terbaik untuk meningkatkan lagi inisiatif pembayaran tanpa tunai dalam industri runcit tempatan.

_________________________

Baca juga:

You might also like