- Iklan -

Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy A9 (2018) Apa Hebatnya? Inilah 5 Perkara Yang Perlu Anda Tahu, Tetapi…

Samsung Galaxy A9 (2018)

HARGA: RM 1,999

Mula diperkenalkan pada Oktober lalu, kehadiran Samsung Galaxy A9 (2018) ke pasaran tempatan ternyata menerima sambutan baik daripada pengguna. Telefon pintar ini terkenal dek kerana ia dilengkapi dengan empat kamera di bahagian belakang.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat sebilangan kecanggihan lain di sebalik telefon pintar ini yang mungkin belum anda ketahui? Teruja nak tahu? Jadi, ikuti reviu eksklusif kami bagi mengupas lebih lanjut mengenai telefon pintar ini!

 

PERKARA 1: REKA BENTUK MEWAH, JANJIKAN PENGGUNAAN SELESA

Samsung Galaxy A9 (2018) mempunyai skrin yang agak besar iaitu paparan bersaiz 6.3 inci dengan resolusi FHD+ (2220 X 1080) bersama panel super AMOLED. Skrin Samsung Galaxy A9 (2018) mempunyai nisbah aspek 18.5:9 dengan rekaan tiada takuk sebaliknya terdapat ‘bilah’ yang memuatkan pembesar suara panggilan, kamera hadapan dan flash.

Samsung Galaxy A9 (2018)

Ketumpatan skrin mencapai 392 ppi dan turut dilapisi Corning Gorilla sebagai perlidungan utama. Ia mempunyai warna yang menarik di samping paparan skrin yang tajam dan jelas sekaligus menjadikannya antara yang terbaik dalam kelasnya.

Memiliki rekaan yang ergonomik serta gelas belakang yang melengkung dengan ciri 3D, Samsung Galaxy A9 (2018) sememangnya telefon pintar yang cukup elegan dan mewah. Selain itu, ia juga boleh didapati dalam tiga warna unik seperti Cavier Black, Lemonade Blue dan Bumblegum Pink yang mana direka khas bagi memukau setiap pandangan.

Samsung Galaxy A9 (2018) : Cavier Black, Bumblegum Pink dan Lemonade Blue

Seterusnya, terdapat butang fizikal khusus pada sisi kiri untuk pembantu suara Bixby. Manakala, butang kuasa dan laras bunyi pula terletak pada sisi kanan. Terdapat dulang sim pada bahagian atas yang mana menyokong tiga slot berasingan (Nano Sim + Nano Sim + microSD). Pembesar suara, port USB type-C dan bicu audio 3.5mm pula mengisi di bahagian bawah telefon.

Sudut Atas (Gambar 1) Dan Sudut Bawah (Gambar 2)

Samsung Galaxy A9 (2018) sememangnya canggih daripada struktur binaannnya, namun telefon pintar ini kelihatan agak sedikit ketinggalan apabila mengunakan pengimbas cap jari fizikal di panel belakang. Selain itu, kami juga mendapati badan peranti ini agak licin selain kesan cap jari juga dilihat amat mudah untuk melekat.

 

PERKARA 2: PEMILIK EMPAT (4) KAMERA UTAMA DI DUNIA

Nak tahu apa lagi yang hebat?? Sudah tentulah kewujudan empat (4) kamera utama pada bahagian belakang! Dan ya! Inilah telefon pintar pertama di dunia yang memilki kesempurnaan tersebut. Sudah tentu anda semua ingin tahu mengenai fungsi empat kamera tersebut kan?!

Empat Kamera Utama Samsung Galaxy A9 (2018)

Okay! Samsung Galaxy A9 (2018) menawarkan kesemua jenis kanta yang kebiasaanya digunakan pada telefon pintar masa kini. Ia merangkumi lensa utama, lensa telefoto, lensa ultra lebar (ultra-wide angle) dan lensa kedalaman (depth) sebagai tambahan kepada lensa utama.

Ketersediaan tersebut menawarkan pelbagai pilihan ketika mengambil gambar seperti pengguna boleh mengezumkan dua kali dengan lensa telefoto dan menggunakan sensor ultra-wide angle bagi memuatkan lebih banyak subjek dalam satu gambar. Seterusnya, sensor kedalaman (depth) pula boleh digunakan dalam mode portrait (dikenali sebagai Live Focus).

Empat Kamera Utama Samsung Galaxy A9 (2018)

Berikut kami senaraikan ringkasan sistem quad-kamera (empat kamera) utama pada Samsung Galaxy A9 (2018) . Jadi, jom kita semak:

  • Sensor utama 24MP dengan aperture f/1.7 untuk mengambil gambar standard
  • Sensor telefoto 10MP dengan aperture f/2.4 bersama kanta zum optik 2x
  • Sensor ultra-wide angle 8MP dengan aperture f/2.4 untuk mengambil gambar wide angle sehingga 120 darjah.
  • Sensor kedalaman (depth) 5MP dengan aperture f/2.2 untuk mengambil gambar live focus dengan efek bokeh yang cukup sempurna

Tidak ketinggalan, kamera Samsung Galaxy A9 (2018) turut dilengkapi dengan sebilangan fungsi lain yang menarik seperti AR Emoji, avatar berasaskan wajah dan lain-lain. Untuk video pula, terdapat mod slow Mo, super slow-motion dan hyperlapse.

Bagi kamera swafotonya pula, ia dilihat turut menghasilkan kualiti gambar yang memuaskan. Ia dilengkapi dengan resolusi yang tinggi iaitu 24MP bersama bukaan lensa sebesar f/2.0 yang mana membolehkan pengguna mengambil gambar dengan lebih terperinci. Malah, warna yang dihasilkan juga kelihatan tajam dan memiliki kualiti luar biasa.

Berikut kami kongsikan beberapa hasil tangkapan foto dari lensa Samsung Galaxy A9 (2018) untuk tatapan anda. Sila klik pada gambar untuk melihat imej pada saiz sebenar:

 

PERKARA 3 : TAWARAN KUASA DALAMAN SETANDING KUALITI LUARAN

Memori dalaman yang besar sememangnya menjadi salah satu alasan utama bagi sesetengah pengguna untuk membeli telefon pintar baru. Dengan adanya memori dalaman berkapasiti besar, ia membolehkan pengguna untuk menyimpan pelbagai data.

Sim Slot Samsung Galaxy A9 (2018)

Samsung Galaxy A9 (2018) sememangnya sangat menarik kerana ia mempunyai storan dalaman yang sangat besar sehingga mencapai 128GB yang mana mampu menampung banyak aplikasi dan fail peribadi pengguna.

Telefon pintar ini juga dibantu oleh 6GB RAM dan membawakan slot kad microSD yang boleh dikembangkan sehingga 512GB bagi menjanjikan pengguna prestasi terhebat tanpa kompromi.

Hasil Ujian Antutu Dan Geekbench 4

Berdasarkan hasil pengujian yang dilakukan, kami mendapati Samsung Galaxy A9 (2018) mencatatkan skor sebanyak 111365 mata untuk ujian antutu. Bagi ujian Geekbench 4 pula, ia memaparkan skor sebanyak 1317 mata untuk ujian tunggal dan 5215 mata untuk ujian pelbagai teras.

Sekadar makluman, Samsung Galaxy A9 (2018) dijana oleh cipset Qualcomm Snapdragon 660 selain dibantu oleh GPU Adreno 512. Dari segi perisian, telefon pintar ini menggunakan sistem operasi Android 8.0 Oreo yang dipadukan bersama antaramuka Samsung Experience 9.0.

Memori Dalaman

 

PERKARA 4: SEMPURNA DENGAN SOKONGAN PENGECASAN PANTAS, JIMAT MASA

Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,800 mAh, Samsung Galaxy A9 (2018) juga menyokong pengecasan pantas menggunakan pengecas Samsung Adaptive Charger dalam menyingkatkan masa pengecasan.

Pengecasan Pantas Melalui Pengecas Samsung Adaptive Charger

Untuk masa mengecasnya pula, kami telah pun melakukan ujian padaSamsung Galaxy A9 (2018) bagi membuktikan adakah prestasinya cukup memberangsangkan. Apa yang kami dapati, kelajuannya memuaskan sahaja di mana ia mengambil masa 1 jam dan 40minit untuk mengecas penuh.

Ujian Pengecasan : 1 Jam dan 40 Minit

 

PERKARA 5: MENGIKUT CITA RASA BERSAMA TAWARAN HARGA BERBALOI

Jika dibandingkan dengan beberapa pesaing setaranya, apa yang boleh kami katakan Samsung Galaxy A9 (2018) dijual pada harga yang mampu milik. Bahkan, ia juga mampu memerikan pulangan berganda dari segi prestasi serta teknologi yang dibawakan olehnya.

Tambahan pula, ianya dibekal dengan storan yang tinggi di samping penawaran empat kamera utama. Pendek kata memang puas hati dan serba lengkap dari segi luaran serta dalaman!

via GIPHY

Bagi yang berminat, kini anda boleh memiliki Samsung Galaxy A9 (2018) pada harga RM1,999 melalui gedung membeli belah atas talian seperti Lazada dan mana-mana pengedar sah Samsung. Jangan lupa untuk dapatkan seunit okay!

 

ULASAN EDITOR

Samsung Galaxy A9 (2018) didatangkan dengan penawaran yang baik dari segi reka bentuk, skrin mahupun prestasi untuk bersaing dengan sejumlah pesaing setaranya. Telefon pintar ini juga kelihatan cukup menawan di samping mampu menggalas kesemua aspek penting dengan jayanya.

Samsung Galaxy A9 (2018)

Pun begitu, masih terdapat kekurangan apabila Samsung tidak menyertakan sokongan kalis air dan debu pada model ini. Namun keseluruhannya, apa yang dapat kami simpulkan Samsung Galaxy A9 (2018) mampu memberi pengalaman yang memuaskan sekaligus menjadikannya sebuah telefon pintar yang wajib dibeli.

________________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

You might also like