Remaja 16 Tahun Rangkul Kejuaraan Dunia Permainan Fortnite – Bawa Pulang Wang Bernilai USD3 Juta!!!

Siapa dapat menyangka bahawa remaja berusia 16 tahun dari Amerika yang dikenali sebagai “Bugha” ini berjaya merangkul kejuaraan Dunia Permainan Fortnite hari ini bagi kategori perseorangan. Kemenangan tersebut melayakkan beliau membawa pulang wang kejuaraan berjumlah USD3 juta (kira-kira RM 12.4 juta).

Pertandingan ini telah disertai lebih dari 40 juta orang di peringkat saringan diseluruh dunia. Namun hanya 100 orang sahaja yang terpilih bagi kategori perseorang dan 50 pasangan bagi kategori berpasangan.

Dalam pada itu, bagi kategori berpasangan, pemenangnya adalah Emil Bergquist Pedersen (Nyhrox) dari Norway dan Austrian David W (Aqua) dari Austrian. kejuaraan Dunia Permainan Fortnite ini diadakan di Stadium Arthur Ashe.

______________________

Artikel Berkaitan:

You might also like