Xiaomi Mi 6X Dilancarkan – Sokong Spesifikasi Dipertingkatkan!

Akhirnya Xiaomi Mi 6X atau dikenali sebagai model Mi A2 telah diperkenalkan secara rasmi hari ini, yang mana menampilkan paparan skrin skrin berukuran 5.99 inci Full HD+.

Apa yang menariknya telefon pintar ini, ia menyokong beberapa spesifikasi terkini seperti dikuasakan oleh Snapdragon 660 dengan tiga pilihan varian iaitu 4GB RAM/64GB ROM, 6GB RAM/64GB ROM dan 6GB RAM/128GB ROM.

Masih dibekalkan dengan dwi-kamera utama tetapi kali ini telah dipertingkatkan resolusinya kepada 12 MP f/1.75 + 20 MP f/1.75, manakala kamera hadapan pula beresolusi 20 Megapiksel f/1.75.

Kelebihan yang dimiliki oleh Mi 6X adalah sokongan pembantu maya dari Xiaomi sendiri yang diberi nama Xiao AI untuk bersaing bersama Bixby, Google Assistant, dan juga Siri.

Dibekalkan bateri berkapasiti 3010mAh, telefon pintar ini turut menawarkan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Salah satu kekurangan yang dapat dilihat pada Mi 6X adalah ketiadaan port audio yang pastinya meresahkan segelintir pengguna.

Xiaomi Mi 6X terdapat dalam tiga varian dan dijual pada harga seperti :

  • Mi 6X (4GB + 64GB) – RMB1,599 (RM994)
  • Mi 6X (6GB + 64GB) – RMB1,799 (RM1,118)
  • Mi 6X (6GB + 128GB) – RMB1,999 (RM1,243)

Hasil Gambar Dwi-kamera Utama

Hasil Gambar Swafoto

You might also like