OPPO A5 2020 Kini Mula Dijual Secara Rasmi – Berharga RM899!

Seiring pelancaran OPPO A9 2020 baru-baru ini, OPPO turut muncul dengan OPPO A5 2020. Bagi yang berminat, OPPO A5 2020 kini telah mula dijual secara rasmi di Malaysia. Dijual pada harga RM899, OPPO A5 2020 dibekalkan dengan sejumlah penawaran yang baik termasuklah empat kamera utama dengan gabungan lensa 12MP + 8MP + 2MP + 2MP, memori sebesar 4GB RAM + 128GB ROM dan bateri bekapasiti 5,000mAh.

Ketersedian bermula sekarang dan boleh dibeli menerusi beberapa saluran berbeza termasuk OPPO Concept Stores, pengedar sah OPPO, OPPO Online Store dan rakan telco utama yang mengambil bahagian. Layari OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut dan kekal bersama eRing untuk maklumat terkini.

You might also like