
Buat pertama kalinya, LEAGOO Malaysia telah menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan melakukan kerja-kerja amal di Pure Life Society yang terletak di Jalan Puchong, Selangor. Program yang diadakan ini telah memperlihatkan penglibatan seramai 211 kakitangan LEAGOO Malaysia, 50 orang kanak-kanak dan juga 10 orang kakitangan Pure Life Society itu sendiri. Menurut LEAGOO Malaysia, kerja amal ini telah dibuat bertujuan untuk meningkatkan kemampanan operasi LEAGOO Malaysia dan sekaligus mengukuhkan komuniti LEAGOO Malaysia. Bahkan program ini telah dirancang dan diaturkan oleh ahli-ahli komuniti CSR dari LEAGOO Malaysia sejak awal Disember tahun lalu lagi.
Program ini juga turut diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat Datin Paduka Mother A.Mangalam yang juga merupakan Presiden Pure Life Society. Walaupun telah mencecah usia lebih 90 tahun, beliau masih berbesar hati menghadiri majlis untuk menceriakan kanak-kanak di situ. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuklah senaman pagi serta tarian, pertandingan, pemberian beg cenderahati, dan juga sumbangan wang tunai yang telah berjaya dikumpulkan dari kakitangan LEAGOO Malaysia dan Musical Instruction seperti Violins dan Shruti Box.

