Pengguna Symbian Tidak Boleh Menggunakan WhatsApp Bermula 31 Disember Ini

3_20Jika ada di antara anda di luar sana yang masih lagi memiliki peranti yang dioperasikan dengan platfrom Symbian, ada berita yang sedikit mengecewakan terutamanya bagi mereka yang masih aktif menggunakan aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan kepada kenyataan rasmi yang telah dibuat oleh WhatsApp, aplikasi permesejan sosial popular itu akan dihentikan perkhidmatannya pada peranti Symbian bermula 31 Disember tahun ini.

devicePengumuman berhubung penamatan perkhidmatan WhatsApp ini telah disebarkan terus kepada semua pengguna WhatsApp yang menggunakan peranti Symbian melalui tetingkap mesej yang dipaparkan pada aplikasi tersebut.

Berikut adalah kenyataan yang diterima :

“Unfortunately, you won’t be able to use WhatsApp after 31/12/2016 because WhatsApp will no longer support your phone.”

 

You might also like