- Iklan -

Walaupun isu sekatan perdagangan antara HUAWEI dan Amerika Syarikat menjadi perbualan hangat dan isu semasa di seluruh dunia, namun jenama ini masih menerima sokongan besar dari pasaran Malaysia.

Ini dapat dibuktikan melalui peningkatan jualan peranti flagship siri P30 di kalangan pengguna tempatan, jelas nampak pengguna tempatan tetap yakin dan puas hati terhadap produk HUAWEI.

Tambahan lagi, juga mendapat pengiktirafan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia akan terus menggunakan teknologi HUAWEI pada persidangan Future of Asia baru-baru ini di Jepun.

Pelbagai tindakan menunjukkan sokongan pengguna terhadap HUAWEI telah pun dikongsikan ke sosial media, termasuk yang paling heboh adalah pemilik restoran menawarkan promosi istimewa khas pengguna dan pekerja HUAWEI apabila mereka menjamu di restoran tersebut.

 

Apakah Sebab Utama HUAWEI Tetap Di Hati Pengguna? Mari Kita Lihat…

Kenapa Tun Dr Mahathir menyokong Huawei?

Perdana Menteri berkata kajian serta pembangunan yang dilaksakan oleh HUAWEI sangat memberi impak dan besar berbanding kemampuan keseluruhan Malaysia, oleh itu haruslah memanfaatkan teknologi mereka sebanyak mungkin.

Berdasarkan ucapan beliau, nampaknya inovasi dan kemajuan HUAWEI dalam teknologi menjadi sebab utama beliau menerima dan menyokong HUAWEI di Malaysia.

 

Pengiktirafan Teknologi 5G

Inovasi teknologi 5G bakal mencetus di seluruh dunia, dan Perdana Menteri menyatakan minat serta keyakinannya apabila beliau menerima panggilan 5G pertama di Malaysia menggunakan Huawei Mate 20X 5G di pameran 5G bertempat di Putrajaya sebelum ini. Setakat ini, HUAWEI telah menandatangani sehingga 40 kontrak perniagaan dengan beberapa pengendali di seluruh dunia berhubung dengan pembangunan 5G.

 

Produk yang Memimpin Perkembangan Teknologi

Beberapa bulan lagi, HUAWEI telah memperkenalkan peranti pintar 5G yang boleh dilipat iaitu HUAWEI Mate X, serta pelbagai produk inovatif termasuk Siri Matebook pada acara MWC 2019.

Dalam pada itu, beberapa penambahbaikan dan ciri-ciri khas seperti kamera tertutup pada MateBook X Pro serta “One Tap to Share” pada barisan komputer riba mereka juga merupakan inovasi ciptaan khas dari mereka.

 

Apakah Keyakinan Yang Diberikan Di Kalangan Pengguna HUAWEI?

1) Kesempurnaan Pada Produk

Siri P30 bukan sahaja mampu menyokong 50x zoom atau merakam pada keadaan low-light, bahkan ia juga mempunyai ciri-ciri menarik seperti rakaman Dual-View Video, di samping hadir dengan rekaan moden serta warna menarik seperti Sunrise Amber dan Breathing Crystal. Gabungan luaran dan dalaman yang sempuran lebih mudah untuk jatuh cinta padanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari SIRI P30

 

2) Pelan HUAWEI terhadap isu semasa: Pengguna tidak perlu risau, HUAWEI sentiasa ada di sana.

Walaunpun isu sekatan perdagangan menyebabkan penarikan semula lesen Android terhadap HUAWEI, tetapi tidak membawa sebarang masalah pada peranti yang sedia ada di pasaran.

Pihak HUAWEI juga menyeru pengguna mereka tidak perlu risau, kerana ada jalan penyelesaian dari mereka. Salah satu berita baik adalah HUAWEI Mate 20 Pro telah kembali tersenarai pada laman rasmi Android Q Beta.

 

3) Perkhidmatan pelanggan yang berterusan

Sentiasa memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik adalah wajib dikekalkan oleh semua syarikat, dalam hal ini HUAWEI tetap menjaga pelanggannya dengan melancarkan kempen HUAWEI Service Day.

 

Dalam menghadapai isu sekatan perdagangan Amerika Syarikat, HUAWEI tetap menunjukkan keupayaan dan kesediaan mereka terhadap isu ini. Dengan adanya kata-katadari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, secara langsungnya memberi lebih keyakinan pada jenama ini untuk terus menawarkan teknologi yang lebih bagus dan manfaat kepada pengguna Malaysia.

Sekiranya ada yang berminat, jangan ragu-ragu lagi! Kunjungi kedai HUAWEI terdekat anda hari ini.

 

**Advertorial dari HUAWEI Malaysia