
Maxis telah melancarkan dua program sizwazah baru untuk memberi peluang kepada bakat muda Malaysia mulakan kerjaya dalam bidang yang mereka minati, dan mencapai cita-cita untuk menjadi penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di barisan hadapan teknologi. Program Sizwazah Maxis yang akan dijalankan selama setahun, akan membolehkan graduan membina pengalaman kukuh dalam persekitaran pantas, kreativiti dan berinovasi untuk membantu mereka maju dalam perjalanan kerjaya mereka.

“Di Maxis, warga kerja kami sentiasa menjadi aset paling kritikal untuk mencapai cita-cita kami, dan kami komited untuk membina generasi pemimpin yang berpandangan jauh untuk Malaysia. Program Siswazah Maxis baru kami adalah platform yang sangat baik untuk menyediakan pentas pembelajaran dipercepat bagi graduan baru yang mahukan pengkhususan yang akan membolehkan mereka menjadi pakar atau pemimpin subjek dalam bidang yang mereka minati. Kami benar-benar mahu graduan kami menerapkan pemikiran yang inovatif dan Terus Menerajui dalam dunia yang semakin berubah,” kata Natalia Navin, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Maxis.
Program Siswazah Maxis 2021
Program Siswazah Maxis terbuka untuk orang ramai. Calon yang terpilih kemudian akan mendapat manfaat daripada dua program yang khas – Program Siswazah Sumber Manusia dan Program Siswazah Perusahaan – yang bukan sahaja membolehkan mereka mencapai hasrat dan aspirasi mereka, tetapi juga memulakan permulaan yang baik untuk kerjaya yang berpotensi dan berjaya dalam empat langkah:
- Langkah 1 – Memilih program pilihan mereka
- Langkah 2 – Penyerapan dan latihan
- Langkah 3 – Putaran pekerjaan
- Langkah 4 – Pendalaman kerja
Untuk memohon Program Siswazah Maxis, calon yang berminat boleh melayari http://bit.ly/Maxis-Graduate-Programme-2021. Permohonan dibuka sehingga 31 Mac 2021.
Menjadi organisasi bertaraf dunia, berkesan dan cekap
Untuk memastikan warga kerjanya bersedia untuk masa depan, program biasiswa, magang dan siswazah Maxis menumpukan pada mengembangkan bakat muda dengan kemahiran dan sikap yang betul. Dalam membangun pemimpin teknologi dan inovasi masa depan untuk Malaysia, Maxis telahpun memberikan tiga biasiswa baru kepada 15 individu yang cemerlang dan layak pada bulan Disember.

