
Secara rasminya pasaran tempatan telah menyambut ketibaan V15 Pro dengan tawaran harga RM1,799, dan sesi pra-tempahan juga telah bermula dari semalam.
Ada berita baik khas pelanggan Senheng dan senQ, mulai sekarang hingga 3 Mac 2019 pelanggan yang membuat pra-tempahan V15 Pro berpeluang mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM530 (untuk early birds sahaja).

Jaminan tambahan 1 tahun dan pelan ansuran 0% (sehingga 24 bulan) boleh juga didapati untuk semua pra-tempahan vivo V15 Pro di Senheng dan senQ.
[ BACA : Reviu Eksklusif : vivo V15 Pro – Peranti Cantik Luar Dan Dalam, Pasti Buat Anda Tersenyum ]
Tambahan lagi, senQ juga mengadakan jerayawara vivo di Queensbay Mall, Pulau Pinang dan VivaCity Megamall, Sarawak mulai 28 Februari hingga 3 Mac 2019. Bagi 50 pelanggan pertama yang membeli V15 Pro di tempat berkenaan layak mendapat sebuah DJI Drone PERCUMA, manakala 100 pelanggan berikut akan mendapat bagasi PERCUMA. Hadiah percuma ini berdasarkan syarat first come first serve.
Lagi, setiap pembelian vivo V11 di jerayawara senQ turut mendapat kad microSD 32GB dan powerbank 5,000mAh secara percuma. Sama juga setiap pembelian V11i atau Y91 juga akan mendapat powerbank 5,000mAh percuma.
Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Senheng, senQ dan vivo.
________________________________
Baca Juga:
- vivo NEX Dual Display Edition, Kepuasan Berganda Dengan Paparan Dwi Skrin
- Pendedahan Reka Bentuk iQOO Terkini! Bukan Peranti Boleh-Lipat, Hadir Pada 1 Mac Dengan Sokongan Tri-Kamera!

