Western Digital WD Purple : Kad mikroSD Khas Untuk Rakaman Video Keselamatan

Western Digital telah memperkenalkan satu lagi produk terbaharu yang dinamakan WD Purple. Ia adalah memori kad berbentuk mikroSD khusus untuk kegunaan kamera pengawasan (CCTV) yang dicipta untuk merekod video selama 24 jam tanpa henti.

Apa yang ingin diketengahkan oleh Western Digital disini ialah produk ini direka untuk tahan lebih lama tidak seperti kad memori lain yang ada di pasaran. WD Purple mampu bertahan di dalam persekitaran sejuk bersalji dan panas misalnya kawasan industri dengan suhu antara -25 sehingga 85 darjah celcius.

Bukan itu sahaja, kad mikroSD ini tidak mudah rosak (corrupted) serta ia mampu menyokong rakaman video dengan format setinggi 4K UHD. Selain itu, proses pemindahan data antara WD Purple dan alat HDD yang disambung sangat pantas mengikut kadar waktu-sebenar. Kelajuan menyimpan kandungan video juga mencecah sehingga 80 MB/s dengan kelajuan membaca 50 MB/s.

Western Digital WD Purple akan mula dijual di pasaran tempatan pada penghujung April 2018 bermula pada harga RM99 untuk 32GB dan RM159 untuk versi 64GB. Produk ini juga dijual dalam bentuk pek 25 unit yang boleh didapati di kedai-kedai IT dan atas talian seperti Lazada, 11street, dan Shopee.

You might also like