Kemas Kini Android Nougat Pada Samsung Galaxy S6 & S6 Edge Tidak Lama Lagi?!

Setelah Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge menerima kemas kini Android Nougat pada bulan Januari yang lalu, kini tiba giliran S6 dan S6 Edge pula. Menurut laporan dari luar negara, pengguna di Switzerland, Jerman and Itali telah bermula menerima kemas kini tersebut.

Adakah pengguna di pasaran tempatan akan menerima kemas kini ini? Kita nantikan berita dari pihak Samsung. Anda juga boleh kongsikan kepada kami sekiranya peranti anda telah menerima kemas kini Android Nougat.

You might also like