Beli Samsung Galaxy A7 / A5 (2017) Dapat Perjalanan Percuma Ke Destinasi Pelancongan!

Tahun 2017 sudah menjelang bulan Mac, tetapi kerja masih tak habis-habis lagi? Berasa letih dan ingin bercuti pendek? Inilah peluang bagi anda! Samsung telah menganjurkan satu pertandingan #A2017LiveUnplanned di Instagram, di mana pemenang bertuah akan mendapat perjalanan percuma ke beberapa destinasi pelancongan.

Pertandingan #A2017LiveUnplanned yang berlangsung bermula 10 Mac hingga 4 Mei 2017, memerlukan anda muat naik gambar atau video YOLO (You Only Live Once) dengan kapsyen di Instagram. Kapsyen yang paling kreatif akan dipilih dan pemenang dapat menikmati perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan penerbangan dan penginapan secara percuma yang ditaja oleh Samsung!

Langkah memenangi percutian impian anda:

  1. Pembelian Samsung Galaxy A7 (2017) atau A5 (2017) dan simpan resit sebagai bukti pembelian.
  2. Muat naik gambar atau video YOLO anda di Instagram.
  3. Masukkan kapsyen kreatif dengan hashtags #A2017LiveUnplanned dan #myGalaxyA2017, jangan lupa tag @samsungmobilemy.
    **Sila pastikan akaun Instagram anda ditetapkan sebagai Awam

 

Jadi apa yang anda tunggu lagi?

You might also like