
Lineage OS Melancarkan Logo Mereka
Lineage OS telah menggantikan CyanogenMod yang baru sahaja ditamatkan beberapa minggu lalu. Sistem operasi berteraskan komuniti ini masih jauh lagi dari pelancaran dan sekarang ini mereka sedang giat mengumpulkan sumber-sumber untuk membangunkan sistem operasi.
Sementara menunggu pembangunan sistem operasi ini selesai, ada perkembangan menarik dari Lineage OS di mana mereka hari ini telah melancarkan logo sistem operasi mereka. Logo ini bakal menjadi satu kebiasaan bagi mereka yang gemar memodifikasi sistem operasi dan bermain-main dengan perisian dalaman peranti.