
Bulan lepas Samsung baru sahaja mengumumkan 2 ahli keluarga baharu dalam siri Galaxy A, iaitu Galaxy A51 dan Galaxy A71, terbaru kini pihak Samsung Malaysia telahpun berkongsi video acah siri baharu ini Twitter dan Facebook mereka.
Kedua-dua peranti ini membawakan spesifikasi menarik bersama rekaan lebih segar, Galaxy A51 berskrin 6.5″ FHD+ Super AMOLED hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin, kuasa dalaman dilengkapi cip pemproses Exynos 9611 bersama 6GB RAM dan 128GB ROM.
https://twitter.com/SamsungMalaysia/status/1215159375096164352
Rekaan kamera menggunakan persegi panjang yang terletak lensa 48MP (f/2.0) + 12MP (f/2.0) + 5MP (f/2.4) + 5MP (f/2.2), manakala kamera swafoto adalah 32MP. Kapasiti bateri sebesar 4,000mAh mempunyai sokongan pengecasan pantas 15W.
https://youtu.be/Gg_wL6xLdVY
Bagi Galaxy A71 pula, ia membawakan skrin yang lebih besar iaitu 6.7” FHD+ Super AMOLED, bersama spesifikasi dalaman yang lebih tinggi termasuk cip pemproses Snapdragon 730, 8GB RAM dan 128GB ROM, bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 25W, serta kamera utama 64MP + 12MP + 5MP + 5MP dan kamera swafoto 32MP.

Bilakah siri baharu ini akan tiba di pasaran Malaysia? Buat masa kini masih tidak ketahui lagi, selepas atau sebelum Samsung Galaxy Unpacked 2020?

