Reviu Eksklusif: Weloop Hey 3S, Jam Tangan Pintar Mampu Milik

HARGA: RM 499

Olike Malaysia yang terkenal membekalkan peralatan aksesori telefon pintar kali ini melancarkan jam pintar WeLoop Hey 3S dan XH3 ke pasaran tempatan. Jam pintar berjenama WeLoop ini dikatakan memiliki teknologi yang setanding dengan jenama-jenama besar yang lain.

WeLoop Hey 3S hadir dengan kerangka badan logam bersegi yang ringan, ia secara amnya sangat sesuai digunakan untuk aktiviti bersenam dan bersukan. Dilengkapi dengan sensor denyutan nadi, ia mampu membaca degupan jantung semasa anda berjalan kaki, berlari, mahupun menunggang basikal.

 

KOTAK PEMBUNGKUSAN

  1. Kotak Pembungkusan
  2. Buku panduan
  3. Adapter pengecas
  4. Kabel microUSB
  5. WeLoop Hey 3S

 

FIZIKAL

Menawarkan paparan skrin sentuh berukuran 1.28 inci LCD beresolusi 176×176 piksel.

 

Talinya diperbuat daripada getah supaya tahan lasak dan lebih lama.

 

Sensor denyutan nadi berada di bahagian belakang jam tangan pintar.

 

Sisi kiri menempatkan butang Unlock dan sisi kanan pula menyediakan butang operasi.

 

Hadir dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, merah dan hijau.

 

CIRI-CIRI ISTIMEWA

1) Inovasi Heart Rate

Penjejak kadar degupan jantung yang berterusan memudahkan pengguna memaksimumkan aktiviti senaman, merekod pembakaran kalori dengan lebih baik dan mendapatkan gambaran tentang tahap kesihatan keseluruhan anda.

WeLoop Hey 3S menaik taraf fungsi penjejakan kesihatan dan kecergasan dengan ciri berkesan yang berlandaskan kadar jantung peribadi anda.

 

2) Mod Pelbagai Sukan

Jejak senaman khusus seperti pemantauan tidur, larian, berbasikal dan pelbagai lagi. Dapatkan juga ringkasan maklumat selepas senaman dan laporan terperinci tentang aktiviti anda dalam aplikasi WeLoop.

**Model ini menyokong sistem GPS + GLONASS

 

3) Notifikasi

Selain aplikasi kecergasan, WeLoop Hey 3S turut membolehkan pengguna menerima notifikasi sosial seperti WeChat, Twitter, Facebook dan Email melalui peranti ini.

 

4) Tahan Lasak

WeLoop Hey 3S sesuai bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti lasak dan melakukan sukan agresif. Menerusi kerangka dengan sokongan kalis air ini ia boleh digunakan dalam kebanyakkan aktiviti air termasuk renang yang dalam sehingga 50 meter.

 

Muat Turun Aplikasi WeLoop

 

You might also like