
Buat peminat peranti daripada vivo, korang pasti teruja apabila peranti vivo Y20sG kini sudah ditawarkan di Malaysia pada harga RM749 sahaja!! Namun, anda boleh membelinya pada harga RM699 di Lazada dan Shopee!!!

Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.51″ dan dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio G80 dan dipadankan dengan RAM sebesar 6GB dan storan sebesar 128GB.
Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan 5000mAh (menyokong pengecasan pantas 18W). Kamera juga tidak mengecewakan apabila ia hadir dengan 13MP + 2MP + 2MP bagi kamera belakang dan 8MP bagi kamera hadapan.
Tampil dalam 2 varian warna iaitu Obsidian Black dan Purist Blue. Ia kini tersedia di Lazada dan Shopee bermula hari ini!!