
Akhirnya, mendarat! OPPO secara rasminya memperkenalkan pewaris baru mereka iaitu OPPO A9 2020 untuk pasaran tempatan. Peranti ini dibekalkan dengan ciri-ciri fotografi menakjubkan di samping prestasi berkuasa termasuk bateri yang tahan lebih lama.
OPPO A9 2020 membawakan skrin bersaiz 6.5″ dengan rekaan takuk kecil sebesar titisan air. Peranti ini menggunakan Corning Gorilla Glass 3+ sebagai pelindung utama. Enjin dalaman peranti dijana oleh pemproses Snapdragon 665 dan dibantu gabungan memori 8GB RAM + 128GB ROM.
Bagi tetapan kamera, OPPO A9 2020 dibekalkan dengan empat kamera utama dengan gabungan lensa 48MP (utama) + 8MP (Ultra-Wide Angle) + 2MP (Portrait) + 2MP (Mono). Kamera ini juga disuntik dengan sokongan Ultra Night Mode 2.0 untuk penggambaran malam yang lebih menyerlah. Kamera depan pula, ia membawakan lensa tunggal sebesar 16MP. Lebih menarik, peranti ini juga mampu merakam video pada resolusi 4K.
Di samping iyu, OPPO A9 2020 juga dibekalkan dengan sokongan dual pembesar suara yang disertakan teknologi Dolby Atmos untuk pengalaman audio lebih asyik. Melengkapi peranti ini juga adalah bateri sebesar 5,000 mAh dan antaramuka digunakan adalah ColorOS 6 berasaskan Android 9.
Tersedia dalam dua warna menarik seperti Marine Green dan Space Purple, peranti ini ditawarkan pada harga RM1,199. Bagi yang berminat, sesi pra-tempahan dibuka bermula hari ini dan didatangkan dengan hadiah menarik bernilai sehingga RM258! Jangan lupa “grab” banyak-banyak okay!
Pada masa sama, OPPO turut memperkenalkan satu lagi model di bawah siri A 2020 iaitu OPPO A5 2020! Peranti ini membawakan kemasan menarik dan masih mengekalkan ciri-ciri yang sama dengan OPPO A9 2020. Apa yang membezakan adalah ketersediaan kamera utama 12MP. Selain itu, kamera hadapan juga berbeza iaitu sebesar 5MP. Bagi yang berminat, peranti ini dijual pada harga RM699 sahaja!