
Jenama Apple terkenal dengan Air Drop yang mampu berkongsi fail dengan pantas. Kini ia telah mempunyai persaing apabila Google telah menghasilkan fungsi yang sama menerusi platform Android.
Dalam 1 laporan yang dikeluarkan 9to5Google, fungsi yang dihasilkan ini dinamakan Fast Share. Sama seperti fungsi Air Drop, ia berupaya untuk mengesan peranti Android dan anda boleh berkongsi fail kepada rakan anda yang menggunakan Android.
Menariknya, ia boleh melakukan perkongsian kepada peranti iPhone, Chromebook serta jam tangan pintar. Bukan hanya gambar yang boleh dikongsikan tetapi jugal teks dan URL tanpa perlu menggunakan data internet.

