
[Tertiris]: Sony Didakwa Sedang Bangunkan Peranti Boleh Gulung
Belum lagi reda demam mengenai skrin boleh lipat, kini Sony dikatakan sedang membangunkan peranti yang hadir dengan skrin boleh gulung.
Menurut maklumat tertiris ini, ia dikatakan bakal dikuasakan dengan cip Snapdragon 855 serta kapasiti bateri sebesar 3220mAh.
Menariknya, peranti ini bakal tampil dengan bahagian sisi bulat. Namun kebarangkalian peranti ini memasuki pasaran Malaysia amat tipis. Walau apapun, sama – sama kita nantikan maklumat terkini peranti ini.

