Vivo Hasilkan Video Bertemakan Hari Raya, Pamer Keupayaan kamera Vivo Siri V15 Merapatkan Ukhwah

Vivo malaysia telah mengeluarkan 1 video bersempena Hari raya Aidil Fitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Video ini memaparkan bagaimana teknologi dapat memudahkan anda untuk merakam detik-detik indah dengan insan tersayang.

Sungguhpun pelbagai lapisan generasi dan tradisi, namun integrasi telefon pintar dengan keluarga nyata dapat merapatkan lagi ukhwah.

Dalam video ini memaparkan keluarga tersebut menggunakan vivo V15 Pro yang dihadirkan dengan teknologi unggul Ultra FullView Display. Ia membawakan skrin bersaiz 6.39 inci FHD+ (2340 x 1080) AMOLED.

Untuk kamera, versi ini turut menyokong sistem tri-kamera utama 48MP + 8MP + 5MP pada panel belakang. V15 Pro juga menyokong pengimbas cap jari terbina pada skrin di samping bateri sebesar 3,700 mAh (micro USB) bersama sokongan pengecasan pantas.

Vivo V15 Pro dengan 6GB RAM dijual pada harga RM1699 manakala bagi versi 8GB RAM ia dijual pada harga RM1899.

 

You might also like