
Anda mencari telefon pintar kelas permulaan dengan ciri-ciri luar biasa yang dapat membantu anda mengurus rutin harian lebih efisien? Samsung Galaxy A22 5G bukan sahaja menawarkan kepantasan 5G untuk anda seperti namanya, tetapi fungsinya cukup seimbang untuk keperluan semua peringkat pengguna.

Anda boleh melakukan pelbagai tugasan dengan lancar menggunakan Galaxy A22 5G kerana ia mempunyai paparan skrin Infinity-V dengan kadar segar semula 90Hz, jadi tidak perlu risau untuk anda bertukar-tukar menggunakan pelbagai aplikasi dalam satu masa kerana pergerakan kesan imej yang minimum dan tahap gerakan kabur yang lebih pendek memberikan anda pengalaman tontonan berkualiti. serta memuaskan dengan skrinnya yang bersaiz 6.6-inci FHD+, membuatkan anda lebih seronok apabila menonton video, melayari laman sosial atau bermain game.
Galaxy A22 5G juga memudahkan anda untuk memuat turun lebih banyak aplikasi, permainan, menyimpan lebih banyak gambar dan video tanpa risau kerana ia mempunyai storan dalaman128GB dan RAM 8GB, jadi anda tidak perlu lagi untuk memadam aplikasi atau gambar yang memakan ruang storan dan memori telefon. Jika anda perlukan storan yang lebih luas, anda boleh menggunakan kad MicroSD 1 dan storannya boleh ditambah sehingga 1TB. Dilengkapi dengan pemproses Octa-Core MediaTek Dimensity 700 5G, anda boleh nikmati sambungan yang sangat pantas walaupun semasa penggunaan data berat. Tiada lagi lengahan semasa menstrim video atau bemain game.
Bagi mereka yang mementingkan kualiti gambar dan sukakan fotografi, Galaxy A22 5G membolehkan anda untuk menangkap gambar dengan jelas dan cerah walaupun pada waktu malam kerana kameranya dilengkapi teknologi Tetra Binning yang menggabungkan empat piksel menjadi satu. Ditambah pula dengan kamera utama 48MP dan kamera Ultra-Lebar 5MP padanya membolehkan anda untuk merakam gambar panorama yang menakjubkan. Mod ultra lebar pada kameranya boleh mengenali persekitaran anda secara automatik dan akan mencadangkan anda
untuk menggunakannya apabila perlu. Sangat memudahkan! Bagi yang gemar berswafoto, kelebihan kamera hadapan 8MP padanya yang juga menyokong Selfie Focus membuatkan gambar anda lebih cerah dan jelas.
Tiada yang lebih memudahkan apabila telefon pintar mampu bertahan lama tanpa perlu kerap mengecasnya. Galaxy A22 5G dilengkapi bateri dengan kapasiti 5,000mAh 2 yang menyokong pengecasan pantas 15W bukan sahaja dapat menjimatkan masa berharga anda malah kehidupan anda juga jadi lebih mudah. Pengimbas cap jari Galaxy A22 5G di bahagian sisinya direka bukan sahaja untuk kepentingan keselamatan tetapi juga untuk memudahkan anda mengakses telefon dengan hanya satu butang.
Galaxy A22 5G sesuai buat anda yang memerlukan telefon pintar dilengkapi fungsi seimbang dengan harga berpatutan yang dapat menjadikan rutin harian anda lebih efisien sambil dapat melakukan pelbagai aktiviti kesukaan anda. Anda boleh mendapatkan Galaxy A22 5G pada harga runcit yang disyorkan, RM999. Jika anda membeli Galaxy A22 5G dari 2 Julai hingga 31 Ogos 2021, anda boleh mendapatkan sarung pelindung Soft Clear bernilai RM39 secara percuma 3 . Jom dapatkannya sementara stok masih ada!
Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A22 5G, sila layari laman sesawang Samsung.