
Motion Stills
Motion Stills adalah aplikasi pertama dari Google yang fokus kepada fungsi Live Photos pada peranti iPhone. Motion Stills membawakan kestabilan imej dan juga proses rendering kepada imej format Live Photos dan memberikan anda keupayaan untuk menukar gambar tersebut menjadi format GIF. Dari dalam aplikasi juga anda boleh kongsikan GIF anda bersama rakan-rakan.
Selain itu anda juga boleh mencuba untuk menghasilkan filem pendek dengan menggabungkan koleksi GIF anda dengan satu langkah mudah sahaja, anda cuma perlu swipe GIF anda ke bahagian bar di bawah untuk menjadikan beberapa GIF menjadi satu filem pendek.
Muat Turun

