Snapdragon 865 Plus Bakal Muncul Suku Ke-3 Tahun Ini?

630
- Iklan -

Khabar angin yang tersebar di media sosial mendakwa Qualcomm mungkin melancarkan chipset Snapdragon 865 Plus pada seawal suku ke-3 tahun ini. Ringkasnya, ia diperoleh daripada posting dikongsi oleh Digital Chat Station menerusi laman Weibo.

Desas desus juga mengatakan bahawa prototaip akan tersedia untuk pra – pengeluaran dalam beberapa bulan mendatang. Sekiranya khabar angin itu benar, ia bermakna ujian awal prototaip dijangka muncul sekitar April. Bagaimanapun, maklumat tertiris tidak pula mendedahkan sebarang pengesahan.

Pun begitu, tiada butiran mengenai jangkaan yang tepat untuk Snapdragon 865 Plus yang dibina oleh Qualcomm. Sebaliknya, ramai yang menjangkakan ia bakal menerima lebih banyak penambahbaikan yang ketara. So, kita tunggu!