Zoomlion Gamit Perhatian di Pameran bauma China 2020 dengan Pelancaran Jentera Pembinaan Pintar Generasi Seterusnya Peroleh Pesanan Bernilai Lebih $US3 Bilion

SHANGHAI, 30 November 2020 /PRNewswire/ — Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) mempersembahkan pameran luar terbesarnya di bauma China 2020 di Shanghai dan melancarkan pelbagai produk pintar yang berkualiti tinggi sepanjang pameran perdagangan antarabangsa selama tiga hari itu.

Zoomlion Wows at bauma China 2020 Exhibition with Launch of Next-Gen Intelligent Construction Machinery Securing Over $US3 Billion in Orders
Zoomlion Wows at bauma China 2020 Exhibition with Launch of Next-Gen Intelligent Construction Machinery Securing Over $US3 Billion in Orders

Zoomlion mempamerkan lebih 50 set produk peralatan pembinaan daripada sembilan barisan produk di bauma China 2020. Melalui pelancaran produk baharu dan acara strim langsung dalam talian untuk berinteraksi dengan pelanggan global, Zoomlion telah menandatangani pesanan berjumlah CNY20 bilion ($US3.04 bilion) di bauma China setakat 26 November.

“Pameran ini mengetengahkan produk generasi 4.0 berkualiti tinggi dan pencapaian inovatif Zoomlion yang menonjolkan lonjakan kualitatif kecerdasan,” kata En. Guo Xuehong, Naib Presiden Zoomlion.

Menjadi peneraju dalam industri dengan produk pintar yang berkualiti tinggi dan inovatif

Pameran oleh Zoomlion di bauma China 2020 memberi gambaran ringkas terhadap masa depan jentera pembinaan dengan demonstrasi pengangkatan pintar tanpa kabin operasi, namun dengan pusat pengalaman kawalan jarak jauh 5G bagi memberikan bahagian “cerdas” peralatan ini keupayaan untuk menyentuh, merasa dan melihat.

ZTC-250NEV ialah kren trak elektrik pertama di dunia yang mempunyai visi mesin disepadukan, kecerdasan buatan dan komunikasi 5G, ia merupakan kren tanpa kabin, namun mempunyai “mata dan otak” bagi menyiapkan tugasan mengangkat pintar dengan menekan butang.

Kren perangkak ZCC18000 mempunyai muatan tan tertinggi di pameran perdagangan ini, mempunyai kapasiti angkat hebat yang menjadikannya model sempurna untuk pengangkatan kuasa angin di darat mahupun di laut. Ia dilengkapi dengan teknologi pemberat imbang beban lebih tanpa pendaratan yang dibangunkan sendiri oleh Zoomlion yang mengurangkan bahagian operasi sebanyak 60% dan memberi prestasi mengangkat yang utama dalam industri.

Zoomlion turut melancarkan ZT68J, platform kerja udara lengan-lurus terdorong diri yang mencatat rekod dunia dengan ketinggian 67.5 meter dan dalam masa yang sama menjamin prestasi lebih baik dalam operasi luar jalan dan kawalan pintar.

Peralatan mortar campuran kering syarikat berkenaan telah menerima pakai sistem pemeteran serbuk automatik berketepatan ultra tinggi yang berpaten, Powerdos. Fungsi-fungsi pintar seperti teknologi bum berongga, paip konkrit gentian karbon dan interaksi suara manusia-mesin serta sistem kawalan pintar ETI kren menara diiktiraf secara meluas oleh pengunjung ke pameran berkenaan mahupun audiens strim langsung global.

Ketika pasaran global pulih daripada kesan COVID-19, Zoomlion terus bertahan dengan penyelidikan dan pembangunan inovatif serta berharap dapat mencipta dan berkongsi dengan semua rakan kongsi. Pempamer ini mengehoskan strim langsung 24 jam dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris bagi membolehkan pelanggan global mengambil bahagian dalam bauma China 2020.

“Zoomlion tidak pernah mengubah visinya untuk berkongsi pencapaian industri dan membina bersama ekosfera industri. Kami berharap dapat membentuk masa depan pintar dan paling maju menurut prinsip-prinsip perundingan meluas, sumbangan bersama dan manfaat bersama,” kata En. Guo.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 600 produk canggih daripada 56 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori utama.

Keywords: Construction/Building Internet Technology Machinery Mining/Metals Telecommunications Transportation New products/services Trade show news

Source: PRNEWSWIRE

You might also like