Celcom Pacu Momentum Pelaburan Rangkaian Bagi Tahun 2021!!!!

Celcom Axiata Berhad (Celcom) meneruskan momentum dalam memacu pelaburan rangkaiannya bagi menambahbaik dan mengoptimumkan pengalaman rangkaian dan perkhidmatan dalam tahun 2021. Dengan komitmen perbelanjaan modal yang dianggar pada RM1 billion tahun ini, Celcom menyasarkan untuk mempertingkat kapasiti rangkaian, mengurangkan kesesakan trafik rangkaian, dan menambahbaik liputan 4G di seluruh negara. 

Pemulihan yang stabil di sebalik kawalan pergerakan Covid-19. 

Celcom terus melaksanakan Kecemerlangan Operasi dalam suku keempat 2020 yang memperbaiki keuntungan serta pertumbuhan hasil dan momentum pasaran yang kukuh dalam setengah tahun kedua 2020, dengan 306 ribu pertumbuhan dalam bilangan. Celcom turut mencatatkan pertumbuhan positif pada asas suku tahunan dalam Pelanggan, Hasil, Kos, Keuntungan, dan pertumbuhan bahagian pasaran. Pertumbuhan perniagaan dan keuntungan Celcom disebabkan oleh fokus berterusan dalam Kecemerlangan Operasi dan pengurusan kos. 

Celcom memperlihatkan pertumbuhan kukuh dalam jumlah pelanggan (YoY+306k), disokong oleh pelan Prabayar Truly Unlimited dan Pascabayar MEGA™. Celcom turut mempamerkan prestasi perniagaan yang lebih kukuh dan adaptasi yang pantas kepada Norma Baharu dalam urusniaga dan operasi pengedaran, seterusnya menghasilkan pertumbuhan kukuh dalam pelanggan baharu. 

Celcom turut mencatat keuntungan pada asas suku tahunan berserta pertumbuhan hasil RM42 juta (+2.7%) dan EBITDA meningkat sebanyak RM75 juta (+10.6%).  Pelanggan prabayar meningkat dengan 203 ribu pelanggan baharu (+3.7% QoQ) daripada pelan Truly Unlimited, mencatatkan pertambahan positif selama lapan bulan berturut-turut sejak Mei 2020. Ini memperlihatkan ketangkasan Celcom dalam perniagaan dan adaptasi pantas kepada Norma Baharu dalam pelaksanaan urusniaga. Pelanggan pascabayar meningkat sebanyak 75 ribu pada asas suku tahunan (+2.5%), yang didorong oleh peralihan pelanggan prabayar kepada pascabayar, dengan ARPU sebanyak RM84.

Mengulas berkenaan prestasi Celcom dalam tahun 2020, Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, “2020 merupakan tahun yang mencabar untuk rakyat Malaysia kerana kawalan pergerakan. Namun Celcom terus berdiri bersama mereka dan menyokong rakyat daripada pelbagai golongan melalui bantuan kepada mereka yang memerlukan. 

“Trajektori pertumbuhan kami dalam setengah tahun kedua 2020 merupakan hasil daripada usaha inovasi yang berterusan dan inisiatif sokongan sepanjang suku ketiga dan keempat. Pelanggan lebih banyak bergantung secara digital untuk perniagaan, bekerja dari rumah, pendidikan dan hiburan; jadi kami bekerja tanpa lelah untuk mempertingkat kualiti liputan rangkaian 4G kami dan memacu pelaburan rangkaian untuk memastikan pengalam rangkaian yang konsisten,” kata Idham.

Menangani pertumbuhan trafik data yang pesat 

Celcom mencatatkan pertumbuhan trafik data lebih daripada 50% iaitu 431 juta GB, berbanding 4Q19 dengan 287 juta GB. Purata pengguna data setiap pelanggan juga meningkat pada 40% tahun ke tahun dengan 20.8GB sebulan setiap pengguna berbanding 14.6GB sebulan setiap pengguna. 

Pelaburan rangkaian Celcom yang dipacu dengan lebih RM250 juta kini dalam peringkat akhir untuk diselesaikan. Inisiatif ini memperlihatkan pengurangan dalam kesesakan rangkaian, menyediakan perkhidmatan dan pengalaman rangkaian yang konsisten. Pelaburan rangkaian yang dipacu Celcom juga turut melibatkan sebuah pasukan Tindakan Pantas khusus bagi menghadapi cabaran Covid-19, mengutamakan liputan rangkaian, dan kerja-kerja optimisasi dan penambahbaikan di kawasan pedalaman. Sejak Disember tahun lalu, Celcom telah menyediakan tapak stesen rangkaian yang baru, menambahbaik dan mengoptimisasi liputan 4G di kawasan pedalaman seluruh negara, termasuk Kampung Jemukan, Sarawak, Kampung Bukit Pampong, Raub, Pahang, Bukit Petai, Jeranggau, Kelantan, Kg Bunuk, Sarawak, Kg Mambong, Puncak Borneo, Sarawak dan banyak lagi.

Program pelaburan rangkaian yang dipacu ini menyasarkan penambahbaikan dan optimisasi lebih 4,700 tapak rangkaian seluruh negara, dengan peningkatan kapasiti, pemasangan perkakasan 4G terkini, dan program optimisasi rangkaian teras, yang meliputi hampir 1,000 tapak rangkaian 4G di Sabah and Sarawak. Sebagai tambahan, Celcom turut menjalankan program optimisasi kluster seluruh negara bagi 3,600 lagi tapak rangkaian untuk menangani isu ‘buffering’ video, dan menyediakan kualiti panggilan suara dan video yang lebih baik menjelang Ogos 2021. 

You might also like