[ Tutorial ] Patternator: Cutest Wallpapers, Cipta Sendiri Wallpaper Smartphone Anda!

Ingin menukar wallpapers, lock sreeen mahupun latar belakang smartphone gambar yang dihasilkan sendiri oleh anda? Apa kata muat turun sahaja aplikasi Patternator: Cutest Wallpapers ini. Anda boleh mencipta sendiri wallpaper, lock screen dan juga latar belakang smartphone dengan memilih beratus pelekat yang sedia ada.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh memilih gambar yang ada di dalam galeri. Selain boleh menukar gambar wallpapers tersebut dengan pelbagai warna kegemaran yang cantik, susun atur kedudukan gambar juga boleh dilakukan. Bagaimana?

Ikuti langkah-langkah berikut:-

Muat turun aplikasi Patternator: Cutest Wallpapers pada smartphone Android mahupun iOS anda.

 

Pilih gambar yang ingin digunakan untuk membuat wallpaper, lock screen mahupun latar belakang smartphone.

 

Pengguna juga boleh memilih gambar yang tersedia mahupun gambar ada di dalam galeri dengan hanya menekan tanda ‘+’.

 

Setelah selesai memilih gambar yang diinginkan, anda boleh memilih kedudukan gambar yang diinginkan seperti berikut.

 

Susun atur gambar juga boleh dilakukan dengan beberapa pilihan seperti Flip, Rotation, Shear, Jitter dan pelbagai lagi.

 

Akhir sekali, pilih warna kegemaran yang sesuai dengan gambar tersebut.

 

Setelah berpuas hati, anda boleh cetak, simpan, kongsi mahupun terus setkan sebagai wallpaper smartphone.

 

Hasil gambar wallpapers yang telah direka sendiri oleh eRing.

 

 

You might also like