Potongan Harga Untuk Tiga Model ASUS Sempena Sambutan Hari Raya!

Berita baik untuk mereka yang ingin membeli telefon pintar baru sempena sambutan Hari Raya ini kerana ASUS Malaysia hari ini telah mengumumkan penurunan harga bagi tiga model telefon pintar mereka iaitu ASUS ZenFone Max Plus M1, ZenFone 4 Max Pro dan juga ZenFone 4 Max.

Ketiga-tiga model telefon pintar ini memiliki bateri yang besar serta hadir dengan sokongan dwi-kamera utama. Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan ketiga-tiga telefon pintar ini dengan harga seperti berikut:

  • ZenFone Max Plus M1 (ZB570TL) – RM649 (RRP : RM749)
  • ZenFone 4 Max Pro (ZC554KL) – RM599 (RRP : RM659)
  • ZenFone 4 Max (ZC520KL) – RM499 (RRP : RM565)

Spesifikasi ASUS ZenFone Max Plus M1 (ZB570TL):

  • Android N 7.0 + ZenUI 4.0
  • Skrin bersaiz 5.7 inci HD+
  • Bateri berkapasiti 4130mAh
  • 4GB RAM + 32GB ROM
  • Kad tambahan microSD sehingga 256GB
  • Pengecaman wajah & Pengimbas cap jari
  • Kamera utama 16MP + 8MP, 120 darjah
  • kamera hadapan 16MP
  • Tiga slot kad SIM

Spesifikasi ASUS ZenFone 4 Max Pro (ZC554KL):

  • Android N 7.0 + ZenUI 4.0
  • Qualcomm Snapdragon 430
  • Skrin bersaiz 5.5 inci IPS
  • Bateri berkapasiti 5000mAh
  • 3GB RAM + 32GB ROM
  • Kad tambahan microSD sehingga 256GB
  • Pengimbas cap jari sepantas 0.3 saat
  • Kamera utama 16MP + 16MP, 120 darjah
  • kamera hadapan 16MP, aperture f/2.0
  • Tiga slot kad SIM

Spesifikasi ASUS ZenFone 4 Max (ZC520KL):

  • Android N 7.0 + ZenUI 4.0
  • Qualcomm Snapdragon 425
  • Skrin bersaiz 5.2 inci IPS
  • Bateri berkapasiti 4100mAh
  • 3GB RAM + 32GB ROM
  • Kad tambahan microSD sehingga 256GB
  • Pengimbas cap jari sepantas 0.3 saat
  • Kamera utama 13MP, 80 darjah + 13MP, 120 darjah
  • kamera hadapan 8MP, Softlight LED flash
  • Tiga slot kad SIM

You might also like