Hotlink Rewards Baharu Beri Tawaran Menarik – Termasuk Penerbangan Percuma

Bermula hari ini, pelanggan hotlink boleh menikmati pelbagai tawaran dan diskaun menarik dengan Hotlink Rewards baharu – dengan hanya log masuk ke aplikasi RED untuk mendapatkan mata dan boleh digunakan untuk tebus ganjaran setiap hari.

Ia termasuklah menerima pelbagai hadiah misteri setiap hari – berpeluang memenangi penerbangan percuma (destinasi tempatan/Asia Tenggara) dan mendapat lebih banyak mata ganjaran untuk tebus tawaran pedagang atau pas internet.

Pelanggan boleh nikmati Hotlink Rewards dengan cara berikut :

Langkah 1 :  Log masuk ke aplikasi Hotlink Red.

Langkah 2 : Buka aplikasi ini setiap hari dan tebus mata ganjaran harian. (Pada permulaan setiap bulan, pelanggan akan bermula pada tahap silver. Dengan hanya log masuk setiap hari, pelanggan boleh naik pangkat ke tahap gold)

Langkah 3 : Setelah mencapai tahap gold, nilai mata ganjaran akan berganda – ini bermaksud lebuh banyak mata untuk menebus lebih banyak tawaran.

Langkah 4 : Dengan mata terkumpul, mereka boleh menebus pelbagai hadiah seperti tawaran menarik drp pelbagai jenama popular , pas internet dna banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Hotlink. 

You might also like