
ExMobile telah melancarkan smartphone pertama dilengkapi pengesan cap jari yang dikenali sebagai ExMobile VoLte 1 Peranti yang dibina dengan panel besi pada bahagian belakang itu jelas menunjukkan misi ExMobile dalam menawarkan sebuah peranti ekonomi yang berkualiti tinggi.
Kualiti model terbaru ini bukan sahaja terletak kepada bahan binaan dan reka bentuk sahaja, malah ia juga dilengkapi beberapa perkakasan yang bagus. Peranti ini dibina dengan skrin 5.5 inci Full HD Sharp LTPS 2.5D dilindungi Dragontrail Glass bagi menambahkan keteguhan bahagian paparan.
Kuasa pemprosesan pula dijanakan oleh 1.5GHz MediaTek MT6753 64 bit Octa-Core dan dibantu 3GB RAM bagi membolehkan anda melancarkan aplikasi dan bermain permainan video dengan lancar. Kemampuan optikal model ini tidak kurang hebatnya, spesifikasi 13 megapixel HD Panasonic F/2.0 Aperture pada kemara belakangnya pasti mampu menghasilkan tangkapan gambar dan rakaman video yang baik. Manakala penggemar selfie pula tidak akan kecewa dengan kamera hadapan 5MP OmniVision.
ExMobile hadir dalam dua variasi warana iaitu hitam dan kelabu, harga jualan adalah RM799 (termasuk 6% GST). Bukan itu sahaja, ExMobile juga menawarkan anda headphone JBL T300A bernilai RM 239 secara percuma apabila anda mendapatkan VoLte 1 melalui stor atas talian GEMFIVE
Baca Juga: