Benchmark Dari Geekbench & Hasil Gambar Xiaomi Mi MIX 3 Terdedah!

Ujian benchmark dari Geekbench didedahkan!

Beberapa jam sebelum pelancaran rasmi Xiaomi Mi MIX 3 di Beijing, hangat di laman sosial Weibo tersebar mengenai ujian benchmark dari Geekbench yang dijalankan ke atas telefon pintar ini. Ia menunjukkan peranti ini dioperasikan oleh Android 9.0 Pie, RAM 8GB serta dikuasakan bersama Snapdragon 845.

Selain ujian benchmark, turut dikongsi adalah hasil gambar yang diambil menggunakan dwi-kamera utama Mi MIX 3. Jika dilihat pada hasil gambar low-light yang diambil pada waktu malam ini, ianya berjaya mengekalkan keaslian warna yang menonjol tanpa berlaku sebarang penambahan warna. Menurut sumber, Xiaomi Mi MIX 3 bakal menyokong lensa dwi-kamera utama beresolusi 20MP + 16MP, sementara kamera untuk swafoto pula menggunakan sensor dwi-kamera 24 MP.

Hasil gambar lowlight yang diambil menggunakan kamera dwi-kamera ini sangat menonjol!

Nak tahu apa lagi yang akan didedahkan oleh pihak Xiaomi pada perasmiannya nanti? Teruskan ikuti kami untuk maklumat terkini mengenai pelancaran rasmi Xiaomi Mi MIX 3 pada pukul 2 petang nanti.

Sumber

You might also like