Tandakan Kalendar Pada 11.11.17 Kerana Vmall Ada Promosi

Zhao Zhiwei, Ketua Pegawai honor Malaysia memberi taklimat kepada para media

Beli secara atas talian bukan sahaja lebih mudah dan menjimatkan masa tetapi kita juga ditawarkan dengan pelbagai promosi yang diadakan. Jadi, dengan kesempatan ini, Vmall selaku gedung beli-belah rasmi atas talian honor akan mengadakan karnival jualan.

Kami dimaklumkan oleh pengurus Vmall sendiri dimana mereka telah menetapkan tarikh pada 11 November ini untuk mengadakan promosi untuk setiap barang yang dijual. Bukan itu sahaja, baucar makanan KFC dan minuman juga akan diberikan kepada pembeli.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan honor 6A Pro, anda juga boleh menunggu sehingga tarikh tersebut bagi mendapatkan tawaran yang menarik.

Honor 6A Pro yang sudah mula dijual dilengkapi dengan skrin bersaiz 5 inci HD, pemproses Qualcomm Octa-core, RAM 3GB, dan storan seluas 32GB juga menyokong kad microSD. Bateri berkapasiti 3,020mAh ini dikatakan mampu mengekalkan jangka hayatnya walaupun telah dicas 800 kali (bersamaan 2 tahun penggunaan).

Dengan ketersedian warna emas dan kelabu, peranti ini dijual pada harga RM699 di kedai-kedai sah honor seluruh Malaysia.

Honor 6A Pro Sudah Rasmi Dijual Pada Harga RM699

Dalam masa yang sama, honor Malaysia juga berkongsi sedikit teaser mengenai peranti terbaru yang akan dilancarkan penghujung tahun ini. Peranti yang menggunakan tanda pagar #IOOI dijangka akan menggunakan paparan hampir penuh, pemproses berkuasa, dan kerangka badan yang kompak.

Walau bagaimanapun, pihak honor tidak mengulas lanjut mengenainya. Bagi anda yang teruja untuk ketahui boleh ikuti perkembangan di Facebook honor Malaysia.

You might also like