Reviu Eksklusif: Moto G5 Plus vs HTC U11, Bandingkan SENSOR KAMERA Sama Dari KATEGORI PASARAN Berbeza!

Anda mementingkan aspek penggambaran pada sesebuah smartphone?! Pastinya pernah terlintas di fikiran anda bahawa kamera dengan hasil gambar yang cantik sudah tentunya akan hanya boleh dimiliki pada smartphone dengan bajet harga yang tinggi sahaja bukan?!

Sebenarnya tanggapan anda itu tidak benar kerana kini dengan bajet di bawah RM1300, anda sudah boleh memiliki sebuah smartphone dengan sokongan sensor kamera yang turut boleh ditemui pada smartphone yang dijual pada harga premium.

Baca juga:

Ini dapat dilihat pada model terbaru Moto G5 Plus yang mana ia telah menggunakan sensor kamera yang sama digunakan pada model HTC U11 yang sememangnya terbukti keupayaan penggambarannya apabila telah diiktiraf oleh DxOMark sebagai smartphone dengan kualiti gambar terbaik buat masa ini. Jadi untuk itu, kami akan membandingkan hasil gambar kedua-dua model ini untuk anda lihat sendiri bagaimanakah keupayaan 2 peranti ini…

 

PERBANDINGAN 1: SPESIFIKASI KAMERA

Pendapat eRing: Walaupun kedua-dua model ini menyokong penggunaan sensor kamera yang sama daripada Sony Exmor RS IMX 362, jelas dapat dilihat bahawa HTC telah menawarkan ciri-ciri yang lebih baik secara keseluruhannya jika dibandingkan dengan Moto G5 Plus. Ini jelas dapat dilihat melalui sokongan paling penting dalam penggambaran iaitu penstabilan imej OIS dan juga keupayaan rakaman video dengan fungsi audio yang jauh lebih moden dan praktikal. Tetapi ini tidak bermakna keupayaan penggambaran Moto G5 Plus kerana harga jualannya adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan harga jualan HTC U11.

 

PERBANDINGAN 2: REKAAN LENSA

Jelas dapat dilihat bahawa rekaan lensa pada Moto G5 Plus kelihatan lebih besar dengan permukaan yang agak timbul jika dibandingkan dengan rekaan lensa pada HTC U11. Namun begitu, kedudukan lensa kamera dan Dual Tone LED Flash pada Moto G5 Plus kelihatan lebih simetri berbanding kedudukan Dual Tone LED Flash pada HTC U11 yang terletak di sebelah kiri lensa kamera.

Pendapat eRing: Tidak dinafikan lagi rekaan lensa pada Moto G5 Plus kelihatan lebih simetri dan menerima sentuhan kemasan yang lebih terperinci berbanding HTC U11, tetapi kami lebih menggemari rekaan lensa pada HTC U11 kerana ia kelihatan lebih ringkas, kemas dan yang paling penting adalah permukaan lensa yang tidak terlalu timbul dari panel belakangnya.

 

PERBANDINGAN 3: HASIL GAMBAR

#1 Bunga
Moto G5 Plus
• Exposure time: 1/950 saat   • ISO speed : 50
HTC U11
• Exposure time: 1/1114 saat   • ISO speed: 78

 

#2 Makanan
Moto G5 Plus
• Exposure time: 1/40 saat   • ISO speed: 80
HTC U11
• Exposure time: 1/100 saat   • ISO speed: 176

 

#3 Bangunan (Outdoor)
MOTO G5 PLUS
• Exposure time: 1/317 saat   • ISO speed: 64
HTC U11
• Exposure time: 1/557 saat   • ISO speed: 79

 

#4 Pemandangan (HDR)
MOTO G5 PLUS
• Exposure time: 1/1680 saat   • ISO speed: 50
HTC U11
• Exposure time: 1/2924 saat   • ISO speed: 87

 

#5 Bangunan (Outdoor)
Moto G5 Plus
• Exposure time: 1/663 saat   • ISO speed: 64
HTC U11
• Exposure time: 1/900 saat   • ISO speed: 80
#6 Indoor (Low- Light)
Moto G5 Plus
• Exposure time: 1/30 saat   • ISO speed: 160
HTC U11
• Exposure time: 1/50 saat   • ISO speed: 263

 

#7 Indoor (Low-Light)
Moto G5 Plus
• Exposure time: 1/30 saat   • ISO speed: 100
HTC U11
• Exposure time: 1/100 saat   • ISO speed: 251

 

#8 Outdoor (Low-Light)
Moto G5 Plus
• Exposure time: 1/15 saat   • ISO speed: 640
HTC U11
• Exposure time: 1/17 saat   • ISO speed : 516

 

#9 Bangunan (HDR)
Moto G5 Plus
• Exposure time: 1/6720 saat   • ISO speed: 80
HTC U11
• Exposure time: 1/23395 saat   • ISO speed: 145

 

#10 Bangunan (Outdoor & Low-Light)
Moto G5 Plus
• Exposure time: 1/33 saat   • ISO speed: 640
HTC U11
• Exposure time: 1/25 saat   • ISO speed: 456

 

KOMEN

Untuk perbandingan hasil gambar ini, kami telah menggunakan mod penggambaran automatik untuk kesemua gambar yang telah diambil. Walaupun menyokong sensor kamera yang sama dari Sony Exmor RS IMX362, hasil gambar yang diambil oleh Moto G5 Plus dan HTC U11 menghasilkan imej yang sedikit berbeza kerana kedua-duanya menerima sentuhan pemprosesan gambar yang berbeza dari pengeluar masing-masing.

Secara keseluruhannya, hasil gambar yang diambil menggunakan Moto G5 Plus kelihatan lebih terang dengan warna yang lebih menyerlah apabila subjek yang diambil memiliki pencahayaan yang mencukupi. Namun begitu, hasil gambar yang diambil dengan HTC U11 ternyata lebih berkualiti kerana ia bukan sahaja kelihatan lebih terperinci dan jelas, tetapi ia juga berjaya mengekalkan keaslian warna asal subjek dan yang paling ketara adalah keupayaan penggambaran di dalam persekitaran yang kurang cahaya atau gelap.

Ini kerana sokongan teknologi penstabilan imej OIS pada HTC U11 sangat penting dalam memastikan imej yang dihasilkan tidak kabur dan dalam masa yang sama menjanjikan kejituan warna yang lebih baik. Ini berbeza dengan Moto G5 Plus yang tidak menyokong teknologi penstabilan imej OIS, sekaligus menjadikan hasil gambar pada waktu malam kelihatan agak mengecewakan kerana ia sukar untuk fokus pada subjek dan mengakibatkan imej yang diambil menjadi kabur dengan warna yang agak mendatar.

Sungguhpun begitu, jika dilihat pada harga jualannya, kedua-dua model ini sememangnya layak diiktiraf sebagai smartphone dengan sokongan kamera terbaik bagi kategori masing-masing.

 

 

 

You might also like