- Iklan -

Mobile Legends All Star Showmatch yang pertama! Naim Daniel, Shalma Eliana, Soloz, Penjahat & Banyak Lagi!

Mobile Legends: Bang Bang All Star Showmatch Malaysia yang pertama akan LIVE pada 21 Nov, pukul 7 malam! Kesemua peminat diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam acara yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Ia akan menjadi acara All Star showmatch yang pertama menampilkan artis terkenal seperti Naim Daniel, dan Shalma Eliana. Selain itu, streamer dan influencer yang popular seperti Soloz dan Penjahat juga dijemput ke showmatch dan akan saling bertarung di medan perang MLBB. Marilah kita lihat pada barisan pasukan mereka. Pasukan mana yang anda fikir akan menang?

Hadiah lumayan dijadualkan semasa siaran langsung! Sebanyak 5 JUTA kod hadiah menantikan anda!

Terlebih lagi, anda berpeluang untuk menangi kulit LEGEND yang paling berharga dalam MLBB, seperti Alucard Obsidian Blade, Gord the Conqueror, dan Gusion Cosmic Gleam! Apa yang anda perlu buat hanyalah ikuti siaran langsung dan berkongsikan perasaan anda dalam komen!

Tidak melupakan bahawa kolaborasi antara Naim dengan Shalma telah menyumbangkan sebuah lagu tema baharu “Bring it on!” khas untuk showmatch ini. Anda boleh menonton Music Video di https://www.youtube.com/watch?v=olprOAkzNLk

Akhir sekali, pelbagai persembahan cosplay juga disediakan semasa siaran langsung! Kalau anda merupakan peminat cosplay, pastikan anda tidak ketinggalan!

Ikuti siaran langsung Facebook, Youtube, dan TikTok Mobile Legends: Bang Bang. Juga akan disiarkan LANGSUNG di Astro Arena, dan eGG Network.

You might also like