TUDIA Klip, Penyelamat Kabel USB!

Peranti Apple dijual pada harga yang sangat premium, malah kualiti peranti yang dijual juga adalah berbaloi dengan harga yang dibayar. Namun satu perkara yang tidak dapat disangkal adalah kabel Lightning untuk mengecas iPhone dan iPad mudah rapuh dan koyak selepas digunakan beberapa bulan.

Bagi menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sejak bertahun lamanya ini, TUDIA Klip dihasilkan oleh syarikat TUDIA dari luar negara. Apa yang menariknya aksesori ini, ia diperbuat daripada silikon dan polikarbonat yang perlu dipasang pada bahagian atas kabel Lightning bagi mengelakkannya dari terlipat sehingga terkoyak dan akhirnya terputus.

Hadir dengan lima pilihan warna yang terdiri daripada kelabu, merah jambu, biru, kuning dan hijau, TUDIA Klip hanya seberat 2g sahaja. Harga jualan adalah USD7 (kira-kira RM30), boleh beli di atas talian jualan Amazon.

You might also like