Keputusan Ujian AnTuTu HONOR 50 Pro Terdedah??

Siri HONOr 50 bakal dilancarkan minggu hadapan dan terkini beberapa maklumat mengenai HONOR 50 Pro telah tertiris dan yang terbaharu penanda aras peranti ini telah muncul di AnTuTu.

Daripada keputusan tersebut memperlihatkan, ia mencatatkan keputusan sebanyak 525904 mata. Daripada keputusan ini juga, boleh kita lihat ia hadir dengan pemproses Snapdragon 778G dan dipadankan dengan RAM 8GB LPDDR4X.

Ia juga memperlihatkan bahawa ia hadir dengan storan 256GB UFS 2.x dan akan melaksanakan Android1 11.

Sejauh manakah kebenaranya perlu kita nantikan ketika ia dilancarkan kelak.

You might also like