
Maklumat Mi MIX4 Terdedah?? – Prestasi Kamera Di bawah Skrin Memang Perform?
Pastinya ramai yang teruja menantikan kehadiran peranti Mi MIX4 dan yang terkini beberapa informasi terdedah mengenai peranti ini.

Reka bentuk peranti ini dilihat diinspirasikan daripada Mi MIX2 namun hadir dengan bezel yang lebih nipis.
Menariknya mengenai peranti ini, lensa kamera peranti ini dikhabarkan ditanam di dalam skrin.
Ekoran daripada itu, skrin adalah penuh tanpa ada sebarang takuk. Ia juga hadir dengan frame berwarna putih tidak seperti telefon yang lain.
Buat masa ini, hanya rekaan skrin hadapan sahaja yang terdedah. Jadi sama-sama kita nantikan peranti ini.