IFA 2018 : Acer Perluas Siri Aspire Dengan Komputer Riba Baharu

Selain menampilkan komputer riba 15 inci paling ringan di dunia, Acer juga dilihat memperkenalkan beberapa produk baru dibawah siri Aspire yang hadir dengan spesifikasi menarik termasuk komputer AIO (All-in-One) di pameran IFA 2018.

Ini termasuklah Aspire 3, Aspire 5, Aspire 7 dan Aspire Z24:

Acer Aspire 3

Paparan HD 14-inci yang bergaya, Acer Aspire 3 hadir dengan pelbagai berwarna yang sempurna untuk menyampaikan pengalaman multimedia dan hiburan yang luar biasa! Ia juga fleksibel dan mempunyai sehingga 8GB RAM serta pemacu DVD terbina dalam (pilihan). Komputer riba ini juga mempunyai semua sambungan biasa, termasuk port HDMI dan 3 port USB.

Acer Aspire 5

  • Acer Aspire 5 hadir dengan paparan HD IPS bersaiz 15.6 inci dengan ciri Acer ‘Color Intelligence’. Aspire 5 turut hadir dengan CPU Intel Core i7 generasi ke-8 serta dilengkapi dengan Gigabit Wi-Fi dan GPU diskret NVIDIA GeForce MX150. Ia juga mempunyai teknologi audio TrueHarmony Acer.

Acer Aspire 7

  • Acer Aspire 7 merupakan laptop Acer pertama yang bakal hadir dengan pilihan CPU Intel Core i7-8705G dan Intel Core i5-8305G yang merupakan CPU kerjasama diantara Intel dan AMD untuk memuatkan GPU AMD Vega M ke dalam CPU tersebut. Ia juga hadir dengan rekaan nipis pada ketebalan 16.9mm, disamping nilai berat yang cukup rendah sekali pada 1.5kg.

Acer Aspire Z24

  • Acer Aspire Z24 merupakan keluaran terbaru oleh Acer yang hadir dengan rekaan paparan 24 inci dengan resolusi Full HD. Dari segi spesifikasi, komputer Aspire Z24 ini dilengkapi dengan CPU Intel Core i7+ Coffee Lake, dan juga storan Intel Optane sebanyak 32GB. Komputer ini juga dimuatkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce MX150.

You might also like