
[Ura-Ura] : Samsung Galaxy S11 Bakal Dilengkapi Sokongan Kamera 108MP & 5x Zoom Optikal?
Masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi, namun berita ketirisan ini semakin ligat bermain di media sosial. Memetik beberapa sumber, Samsung Galaxy S11 didakwa bakal membawakan tetapan empat kamera utama – salah satu lensa bakal membawakan sokongan 5x zoom optik dan ia dikatakan hadir dengan sistem zoom periskop.

Bukan itu sahaja, sumber juga melaporkan salah satu daripada lensa tersebut berkemungkinan adalah lensa masa penerbangan (ToF) dan ultrawide angle – sama seperti Samsung Galaxy Note 10+. Paling menarik, penembak utama dikatakan bakal membawakan sensor sebesar 108MP.
Apa komen korang? Pun begitu, Maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesasihannya. Btw, korang dah beli Samsung Galaxy Note 10 & Note 10+? Kalau belum, jom beli?
[SUMBER]

