

Selain pengumuman harga Xiaomi Redmi 5 dan Redmi 5 Plus, Xiaomi Malaysia turut menawarkan sebuah lagi model, Mi MIX 2 Special Edition (SE). Apa yang membezakan model ini dengan model asal adalah memori sahaja, di mana Mi MIX 2 SE menyokong RAM 8GB dengan 128GB ROM dan ia juga didatangkan dengan warna putih.
Spesifikasi lain yang disokong adalah paparan 18:9 FHD 5.99 inci dengan resolusi 2160 x 1080p, kamera 5 Megapiksel di depan sementara kamera utama menggunakan sensor 12 Megapiksel Sony IMX386 serta bateri berkapasiti 3,400mAh yang juga menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0.
Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan peranti ini menerusi kedai rasmi Xiaomi di Lazada.

