Mengembara Ke Luar Negara Kini Lebih Murah Dengan Pelan MaxisONE

1205
- Iklan -

m1Maxis telah memperkenalkan satu lagi kejayaan cemerlang yang inovatif iaitu MaxisONE World. Buat kali pertama, pelanggan pascabayar MaxisONE boleh membawa pelan MaxisONE mereka ke luar negara dan menggunakannya sama seperti di Malaysia. Bukan sahaja panggilan dan SMS tanpa had, tetapi juga data Internet yang ditawarkan dengan pelan MaxisONE kini boleh digunakan di luar negara. Selain itu, pengguna MaxisONE World akan mendapat bonus kuota data berkelajuan tinggi sebanyak 500MB setiap hari.

MaxisONE World 1 MaxisONE World 2Dalam fasa pertama, pas MaxisONE World akan diitawarkan kepada pelanggan MaxisONE yang melancong ke 8 buah negara ASEAN iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Myanmar, Brunei, Filipina, Cambodia dan juga Laos. Manakala untuk membuat pengalaman perjalanan lebih menyenangkan, MaxisONE World ditawarkan dengan perlindungan perjalanan percuma di mana sahaja anda merantau dan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Jadi sekiranya terdapat sebarang kelewatan, kehilangan bagasi, kecurian, kemalangan peribadi atau apa sahaja masalah lain semasa melancong, MaxisONE World akan melindungi anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang www.maxis.com.my/oneworld.