Sony Dikhabarkan Akan Menghasilkan PlayStation 4 Versi Baru

833
- Iklan -

Beberapa sumber melaporkan bahawa Sony sedang membangunkan PlayStation 4 versi baru yang mampu memainkan permainan beresolusi 4K. Sebilangan pembina permainan dilaporkan telah membocorkan nama tidak rasmi konsol ternaru itu, berkemungkinan besar ia akan dikenali sebagai PlayStation 4.5. Konsol ini dikatakan akan memuatkan pemproses grafik yang lebih hebat bagi membolehkan anda bemain permainan 4K dan disambungkan ke uniy PlayStation VR.

playstation4
PlayStation 4

Namun sehingga kini Sony masih belum memberikan apa-apa maklumat rasmi berkenaan desas desus ini, tetapi berdasarkan tren permainan video sekarang, tidak mustahil jika syarikat seperti Sony dan Microsoft menghasilkan konsol baru bagi memenuhi kemahuan pengguna yang inginkan permainan beresolusi tinggi. Selain itu perkembangan teknologi VR yang semakin pesat akan menjadi faktor pendorong kepada penghasilan konsol baru.